Spiga

Blog Widget by LinkWithin

Kejohanan Tertutup Perlis@15 May 2010


Persatuan Catur Perlis akan menganjurkan Kejohanan catur untuk memilih wakil-wakil Perlis ke National Closed bagi 2010

Tarikh:15 May 2010
Tempat:Sekolah Ren Keb Sri Indra,Kangar,Perlis.
Yuran:RM15:00

Terbuka kepada semua yang memenuhi kriteria berikut:

●Dilahirkan di Perlis ( IC- 09)
●Bermaustautin di Perlis
●Bekerja @ belajar di Perlis
●Pertandingan di jalankan dalam kateogori Terbuka Sahaja(Terbuka Lelaki dan Wanita)
●Petandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Fide 6 Pusingan dengan kawalan masa 25 minit.
●3 peserta terbaik(Top 3)tersebut dan seorang lagi akan dipilih melalui Persatuan akan layak mewakili Negeri Perlis ke National Closed,dan akan ditaja yuran penyertaan serta kos makan selama dalam Kejohanan tersebut
●Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan
●Penyertaan lewat tidak akan dilayan,pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum 14 May 2010@1.00pm(Jumaat)

*Bagi Tajaan Lain seperti Penginapan dan pengangkutan Tertakluk kepada Tajaan dan akan diumumkan kelak(beberapa hari selepas selesai pemilihan).

Hadiah-hadiah seperti berikut:

●1st Piala dan sijil
●2nd Piala dan sijil
●3rd Piala dan sijil
●4th Piala dan sijil
●5th Piala dan sijil
●6th Piala dan sijil
●7th Piala dan sijil
●8th Piala dan sijil
●9th Piala dan sijil
●10th Piala dan sijil

* Tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan kelak.

Tantatif program:

●0800 - 0900:Pendaftaran
●0930 - 0955:Pusingan 1
●1000 - 1025:Pusingan 2
●1035 - 1100:Pusingan 3
●1115 - 1240:Pusingan 4
●1240 - 1400:Rehat
●1400 - 1425:Pusingan 5
●1435 - 1500:Pusingan 6
●1530 ------:Penyampaian hadiah/Tamat

Pendaftaran boleh dibuat kepada Syed Iskandar ☏ 017-4731678 atau Cikgu Marzuki Mat ☏ 017-5611975 sebelum Jumaat 1pm,14 May 2010

Kejohanan Tertutup Kedah@29 May 2010


Percak akan menganjurkan satu pertandingan catur untuk memilih wakil-wakil Kedah ke National Closed & National Women Closed.

Tarikh:29 May 2010
Tempat:Dewan PIBG, Sekolah Menengah Bandar, Sungai Petani,Kedah.
Yuran:
RM20.00-Ahli Percak
RM25.00-Bukan Ahli.

Terbuka kepada semua yang memenuhi kriteria berikut:

●Dilahirkan di Kedah ( IC- 02)
●Bermaustautin di Kedah
●Bekerja @ belajar di Kedah
●Pertandingan di jalankan dalam 2 kateogori iaitu Lelaki dan Wanita.
●Petandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Fide 6 Pusingan dengan kawalan masa 30 minit pada 3 pusingan pertama dan 45 minit untuk 3 pusingan berikutnya
●4 peserta teratas dari setiap kateogori akan mewakili Kedah ke National Closed dan National Women Closed dan ditaja yuran penyertaan dan kos makan sahaja
●Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan
●Penyertaan lewat tidak akan dilayan, pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum 27 May 2010

Hadiah-hadiah seperti berikut:

●1st Piala dan sijil
●2nd Piala dan sijil
●3rd Piala dan sijil
●4th Piala dan sijil
●5th Medal dan sijil
●6th Medal dan sijil
●7th Medal dan sijil
●8th Medal dan sijil
●9th Medal dan sijil
●10th Medal dan sijil

* Tertakluk kepada perubahan dan kejutan yang akan diumumkan kelak.

Tantatif program:

●0800 - 0850:Pendaftaran
●0900 - 1000:Pusingan 1
●1010 - 1110:Pusingan 2
●1120 - 1220:Pusingan 3
●1220 - 1400:Rehat
●1400 - 1530:Pusingan 4
●1540 - 1710:Pusingan 5
●1720 - 1850:Pusingan 6
●1900 ------:Penyampaian hadiah/Tamat

Pendaftaran boleh dibuat kepada En. Ahmad Fuad - fuad959@yahoo.com @0194208436 sebelum Rabu,27 may 2010

Official Blog: Click Here

National Championship 2010


Click the image for larger view


Click the image for larger view


Click the image for larger view

Perlis Closed 2010 Results


Mohd Zakwan,Ahmad Zahir,Anaz and Mohd Nabil


Catur Dalam Kosmo@13 April 2010

"Ini kali pertama saya masuk pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi dan ia amat memenatkan kerana perlu berfikir ketika badan letih.

"Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya anggap ia satu pertandingan yang unik dengan memberikan pengalaman yang mencabar kemampuan diri," katanya kepada Kosmo! pada pertandingan yang berlangsung di Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Abdullah, selain memberi kelainan dari segi masa penganjuran, pertandingan berkenaan juga menawarkan satu lagi keunikan iaitu dilangsungkan di kawasan perniagaan bazar larut malam.

"Bukan sahaja terpaksa lawan perasaan mengantuk, peserta juga perlu mengawal minda supaya tidak terganggu dengan persekitaran bazar yang hingar-bingar," ujarnya.

Dia yang berasal dari Terengganu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 dan hamper.

Tempat pertama dirangkul oleh peserta Filipina, Ian Udani, 40, dengan hadiah wang tunai RM300 berserta hamper manakala tempat kedua dimenangi oleh Kamaluddin Yusof, 40, dari Shah Alam.

Pertandingan catur berkenaan menggunakan sistem pusingan Robin iaitu semua peserta berlawan dengan setiap pencabar secara serentak dalam enam pusingan. Peserta yang memperoleh mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

Menurut Duta Uptown Shah Alam, Irwan Shah, pertandingan yang merupakan anjuran Persatuan Catur Kuala Lumpur dan Uptown Shah Alam itu berlangsung dari pukul 9 malam, dan berakhir 2.30 pagi keesokannya.

"Kita pilih tempoh masa ini selaras dengan waktu operasi bazar larut malam Uptown Shah Alam bagi mewujudkan satu kelainan dan untuk menarik lebih ramai pengunjung," katanya.


AIZUL HISHAM MOHD. DOM


Ujar Irwan, pertandingan catur tersebut mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat catur yang datang dari serata Lembah Klang, Ipoh dan Johor Bahru selain terdapat penyertaan seorang lelaki warga Filipina.

"Pertandingan berlangsung dengan meriah dan para peserta berentap sesama sendiri dalam kalangan pemain yang terdiri daripada peserta seawal usia lapan tahun hingga mencecah 52 tahun," jelasnya.

Kata Irwan, pihaknya mungkin akan menjadikan pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi itu sebagai aktiviti tahunan Uptown Shah Alam dengan menarik penyertaan lebih ramai peserta dalam penganjuran akan datang.

"Selain aktiviti perniagaan, kita juga mahu jadikan Uptown Shah Alam sebagai satu destinasi rekreasi keluarga yang menarik untuk dikunjungi," ujarnya.

Tambahnya, selain catur, Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd. yang menguruskan Uptown Shah Alam turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan Uptown Idol 2 dan Uptown Bintang Kecil 2. Pencariannya berlangsung sepanjang Mac 2010 dan peringkat akhir pada 10 April ini.

Photos - 14th Bandaraya Chess Master Johor Open 2010


Gambar Pemenang-pemenang 10 Terbaik bagi Kategori Terbuka iaitu Julius Joseph de romos,Ian Udani,Kamaludin Yusof,IM Enrique Paciencia,Nik Ahmad Farouqi,Ong thian loon,Leong mun wan,Ahmad afiq afyfy,Derek lim,Muhd Nabil~Click the image for larger view

Limau Barli Chess Corner



Limau Barli chess corner
adalah satu kawasan yang popular menjual buah limau barli,
disitulah terletaknya tempat para-para permain berhimpun
untuk bermain chess,bagi siapa-siapa yang hendak ke bandaraya
ipoh boleh la singgah ke Limau Barli,tahniah pada Johan Jamil
mempunyai blog tersendiri bagi menyiarkan activiti-activiti
di Limau Barli..

Soure:http://limaubalichess.blogspot.com/